KUANTAN, 1 Sept (Bernama) -- Empat maut dalam kemalangan melibatkan 11 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 arah Lanchang menghala Kuantan malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.44 malam.
Beliau berkata kemalangan berkenaan turut membabitkan sebuah bas bagaimanapun 30 penumpang terselamat.
“Tiga individu, iaitu seorang lelaki dan seorang wanita serta kanak-kanak lelaki tersepit dalam sebuah kereta, manakala seorang lagi mangsa lelaki tersepit dalam sebuah kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan.
Pihak bomba telah membantu mengeluarkan kesemua mangsa berkenaan sebelum mereka disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.
“Mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi tamat sepenuhnya pada 2.50 pagi tadi,” katanya.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching). Ikuti kami di media sosial : Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial TikTok : @bernamaofficial







